Isnin, 14 Februari 2011
Ahad, 13 Februari 2011
Hati dan Akal Bicara Cinta ~
Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam…
Jumaat, 11 Februari 2011
Besarnya Nilai sebuah Ukhuwah ~
~ Hati teringin membicarakan soal ukhuwwah. Beberapa hari ini sedikit teruji dengan pelbagai tekanan. namun disudut kecil hati, saya mengakui, inilah lumrah hidup, pastinya kita akan bertemu dengan pelbagai ujian dan ragam manusia. sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula sesama kita yang masing-masing punya kekurangan dan ketidaksempurnaan..
Walaupun kita menyatakan cinta, belum tentu cinta itu terzahir dari perbuatannya..
Walaupun kita menyayangi, belum tentu yang disayangi itu benar-benar memahami atau menyedari yang kita terlalu menyayanginya..
Walaupun kita menyayangi, belum tentu yang disayangi itu benar-benar memahami atau menyedari yang kita terlalu menyayanginya..
Sabtu, 5 Februari 2011
Siapa Allah di Hati Kita?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bila soalan ini ditujukan kepada kita, apa yang mampu kita jawab? Adakah ALLAH dekat dan rapat dengan kita? Adakah kita sentiasa bergantung harap dan mengingatiNYA setiap masa?
Untuk menjawab soalan ini, kita seharusnya bertanya kepada diri kita terlebih dahulu ‘SIAPA KITA?’. Siapa kita sebenarnya? Siapa kita di sisi ALLAH, Khaliq kita? Adakah kita sangat bagus di pandangan ALLAH? Siapa kita? Seorang anak? Seorang pelajar? Seorang guru? Seorang peguam? Seorang petani? Seorang doktor?
Jawapan yang paling tepat ialah kita sebenarnya HAMBA ALLAH...
Hamba Allah yang telah diberikan kesempatan hidup untuk menikmati kehidupan yang sementara di dunia fana ini. Oleh kerana itu, kita sebagai hambaNYA semestinya perlu melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNYA. Sebagai seorang hamba juga, kita mesti patuh, taat dan setia kepada pencipta iaitu ALLAH. Sesungguhnya Allah telah berkata di dalam kitabNYA (AL-QUR’AN) :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ(الذاريات : 56)
Bermaksud:
"Dan tidak AKU jadikan Jin dan Manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaku."
Jumaat, 4 Februari 2011
~ Taman Mentarbiyah dan Ditarbiyah ..
Alhamdulillah, Allah memberi peluang sekali lagi kepada saya untuk mengubat kerinduan pada tarbiyah hati, jiwa, tenaga dan masa. Segala macam ungkapan indah akan diluahkan jika ditanyakan mengenai perasaan bilamana bersama-sama dengan mereka yang sama-sama menzahirkan kecintaan mereka pada perjuangan agama yang tercinta. Terasa kerdil diri ini jika hendak dibandingkan dengan mereka. Apatah lagi dengan diri ini yang bersalut dengan dosa dan maksiat..

Hati berasa serba kekosongan setelah sekian lama. Acapkali dahagakan kata-kata menusuk jiwa, malangnya diri terus terleka dengan urusan dunia. Namun, pabila kita sama-sama menempuh susah dan senang, membantu meringankan beban, satu kepuasan dapat dirasa. Mentarbiyah dan ditarbiyah, barangkali term yang sesuai diberikan..
Khamis, 3 Februari 2011
Langgan:
Catatan (Atom)

